Malaysia
125,000 penjawat awam naik Gred 5 tahun depan – PM

Seramai 125,000 penjawat awam dalam jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Kewangan) Gred 1 akan dinaikkan ke Gred 5 mulai Januari 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menambah baik laluan kerjaya penjawat awam.
Perkara berkenaan diputuskan selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz mengenai pelaksanaan sistem tersebut.



