Dunia
Kapal misi FFC tiba di Ashdod, semua aktivis Malaysia selamat

Kapal utama misi Freedom Flotilla, Conscience, dilaporkan tiba di Pelabuhan Ashdod awal pagi tadi selepas diambil alih oleh tentera laut Israel.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata, kapal-kapal lain dijangka menyusul.
Semua aktivis Malaysia dilaporkan selamat, namun terdapat peserta flotila lain yang cedera akibat kekasaran semasa insiden rampasan.
Proses membawa pulang aktivis memerlukan saluran diplomatik dan undang-undang antarabangsa, dengan peguam kini berada di lokasi untuk tindakan lanjut.




