Malaysia

Makin ramai populasi warga emas Malaysia, dijangka cecah 14 peratus

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjangka Kumpulan warga emas akan membentuk kira-kira 14% penduduk Malaysia menjelang 2048.

Bagi menghadapi negara yang semakin menua, kerajaan melancarkan Pelan Induk Penuaan Negara 2025-2045 yang memberi tumpuan kepada keseluruhan kitaran hidup.

Pelan ini merangkumi enam bidang utama iaitu ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka panjang, dan menjadi panduan JPA dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pesara.

Pengarah Bahagian Pencen JPA, Datuk Mohd Shahrim Hussin berkata usaha pendigitalan proses pencen, pengukuhan data dan kerjasama antara agensi bertujuan memastikan pesara menerima manfaat dengan lebih cepat dan efisien, selaras dengan peranan JPA sebagai pemacu reformasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker