Malaysia
Tun M terjatuh dan kini dimasukkan ke IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Keadaan bekas Perdana Menteri itu kini berada dalam pemantauan pihak perubatan.
Pejabat beliau memaklumkan satu kenyataan rasmi mengenai tahap kesihatan Dr Mahathir akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dimasukkan ke IJN akibat keletihan sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.




