Malaysia
PN harapan rakyat, musuh yang cuba pecah-belahkan – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS mendakwa situasi pecah-belah yang berlaku dalam Perikatan Nasional ketika ini adalah strategi musuh yang menyedari kekuatan gabungan itu.
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN yang menjadi harapan rakyat telah cuba dipecahbelahkan, khususnya melibatkan hubungan PAS dan Bersatu.
Katanya, musuh tahu kekuatan PN sekarang dan perlu buat sesuatu untuk memecahkannya supaya PN tidak lagi menjadi harapan rakyat.
Beliau yang membuat kenyataan itu menerusi Facebook turut menegaskan hubungan dalam gabungan itu tidak seperti yang digembar-gemburkan.
Menurutnya ramai keliru kerana terpengaruh dengan kandungan berbayar di media sosial serta laskar siber yang didakwa menerima bayaran ribuan ringgit untuk menimbulkan polemik.




