Malaysia

Tindakan bakar kenderaan Cikgu Chandra berisiko ekstremisme, undang darurat – PAS

PAS mengecam tindakan ganas membakar kenderaan milik pempengaruh media sosial, S. Chandrasegaran atau dikenali sebagai Cikgu Chandra, dan menyifatkannya sebagai perbuatan melampau yang tidak boleh diterima dalam negara yang berteraskan undang-undang.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri kerana perbuatan sedemikian hanya memburukkan keadaan serta membuka ruang kepada provokasi dan unsur ekstremisme.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, telus dan menyeluruh bagi mengenal pasti individu atau kumpulan yang terlibat supaya tindakan undang-undang dapat diambil.

Fadhli turut mengingatkan keadaan yang tidak terkawal boleh memberi kesan besar kepada kestabilan dan ekonomi negara, malah berisiko membawa kepada situasi darurat jika tidak ditangani dengan baik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker