DuniaMalaysia

Program iftar Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka angkat mesej keharmonian sesama kaum

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia sekali lagi menganjurkan majlis iftar tahunannya semalam di Jalan Ampang, dengan pengisian utama yang memfokuskan kepada semangat toleransi beragama dan kewujudan bersama.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka, M.I. Mohamed Rizvi, berkata majlis tersebut dihadiri kira-kira 150 jemputan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pemimpin agama, komuniti perniagaan, serta rakan-rakan dari komuniti India dan Melayu.

Menurut Rizvi, kehadiran pemimpin agama yang berbeza dalam satu majlis berbuka puasa merupakan satu simbolik besar kepada keharmonian yang ingin dibawa oleh pihak kedutaan.

Rizvi menegaskan bahawa dalam mendepani situasi konflik yang berlaku ketika ini, acara simbolik seperti majlis iftar ini menjadi bukti bahawa persefahaman antara kaum dan agama masih boleh dicapai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker