Malaysia

Bukan lagi B40, M40, T20? kerajaan kaji kaedah baharu tentukan penerima bantuan

Kerajaan kini sedang mengkaji pendekatan baharu untuk menentukan kelayakan bantuan dan subsidi rakyat dengan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kategori pendapatan seperti B40, M40 dan T20.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pendekatan itu akan menggunakan konsep Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi menilai keadaan sebenar sesebuah isi rumah.

Beliau berkata, kaedah itu mengambil kira pelbagai faktor termasuk lokasi tempat tinggal, jumlah tanggungan serta komitmen kewangan yang ditanggung sesebuah keluarga, dan bukan hanya melihat jumlah pendapatan semata-mata.

Menurutnya, dua keluarga yang menerima gaji sama mungkin mempunyai beban hidup yang sangat berbeza, menyebabkan penilaian berdasarkan pendapatan sahaja tidak lagi tepat.

Beliau turut menjelaskan bahawa cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan belum diputuskan sama ada ia akan menggantikan sistem B40, M40 dan T20 secara rasmi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker