Sukan
“Saya main teruk” — Jin Wei kecewa tersingkir awal di Malaysia Masters

Pemain perseorangan negara, Goh Jin Wei mengakui aksi kurang menjadi selepas tersingkir pada pusingan kedua Malaysia Masters 2026 di Kuala Lumpur.
Jin Wei yang kini berada di ranking ke-55 dunia tewas straight set 21-13, 21-16 kepada pemain India, Ashmita Chaliha, sekali gus gagal melangkah ke suku akhir kejohanan tersebut.
Kekalahan itu hadir selepas Jin Wei mencipta kejutan besar dalam pusingan pertama apabila menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Thailand, Busanan Ongbamrungphan, menerusi kemenangan 21-6, 16-21, 21-10.
Walaupun kecewa tersingkir awal, bekas juara dunia remaja dua kali itu tetap menganggap aksi di Malaysia Masters sebagai sesuatu yang positif.




