Malaysia

PAS putus kerjasama dengan Bersatu, tapi kekal dalam PN buat masa ini

PAS mengesahkan parti itu masih kekal dalam Perikatan Nasional (PN) walaupun telah memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata kedudukan PAS dalam gabungan tersebut masih kekal setakat ini, meskipun hubungan politik dengan Bersatu telah berakhir.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu selepas ia diluluskan oleh Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan dasar parti, hukum syarak dan kepentingan umum.

Bagaimanapun, PAS menegaskan statusnya dalam PN tidak berubah buat masa ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker