Malaysia

Skim BudiMADANI Diesel diperluas, lebih ramai kini layak terima subsidi

Pemilik kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia kini boleh menggunakan MyKad untuk membeli diesel bersubsidi di bawah skim BudiMADANI Diesel yang diperluas.

Harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter bermula semalam sebelum diturunkan kepada RM2.10 seliter bermula Rabu.

Skim itu kini turut meliputi pikap dan SUV milik syarikat, selain membenarkan penerima yang layak memindahkan kelayakan subsidi diesel kepada ahli keluarga terdekat yang menggunakan kenderaan tersebut.

Menurut Kementerian Kewangan, penambahbaikan itu bertujuan memastikan subsidi diesel sampai kepada rakyat yang benar-benar layak serta mengurangkan ketirisan yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit setiap tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker