Malaysia

Audit forensik Felda bakal dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan menjalankan audit forensik terhadap Felda akan dibawa ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pada Selasa.

Audit itu dicadangkan bagi mengenal pasti kemungkinan berlaku salah guna kuasa, pecah amanah atau kelemahan dalam tadbir urus Felda.

Menurut Anwar, pasukan petugas khas yang menyiasat isu pengurusan Felda juga telah memulakan tugas dan hasil siasatan akan dibentangkan sebelum didedahkan kepada umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker