Malaysia
Bakar mercun ketika perarakan, polis kesan sekumpulan Individu di Shah Alam

Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian membakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah, Seksyen U14, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan dibuat selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.22 petang ketika perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden, Setia Alam.
Beliau berkata, polis turut mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.




