Malaysia
Jerebu kritikal: Semua sekolah tutup di Bintulu ditutup hingga 11 September

Sebanyak 63 sekolah di Bahagian Bintulu, termasuk daerah Bintulu dan Tatau/Sebauh, ditutup dari 7 hingga 11 September susulan keadaan jerebu yang mencapai tahap sangat tidak sihat.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) berkata, penutupan itu melibatkan 54 sekolah rendah dengan 22,476 murid serta sembilan sekolah menengah dengan 17,268 pelajar.
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Bintulu merekodkan bacaan IPU 206 pada jam 8 malam semalam.
Sepanjang tempoh penutupan, proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan. Pihak sekolah turut diingatkan supaya mengutamakan kesihatan murid dan guru serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.




