DuniaMalaysia

Nak pandu ke Thailand? Pastikan insurans cover tuntutan pihak ketiga

Rakyat Malaysia yang memandu ke Thailand disarankan mendapat insurans yang melindungi tuntutan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, perlindungan itu penting kerana pemandu yang menyebabkan kemalangan mungkin perlu membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya pernah mengendalikan kes rakyat Malaysia yang tidak mampu membayar pampasan kerana insurans mereka hanya meliputi kos rawatan hospital.

Ahmad Fahmi turut menasihatkan rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan insurans bagi kerosakan kenderaan akibat bencana alam, mengelak memandu pada waktu malam di Pattani, Yala dan Narathiwat serta menggunakan Apple Maps atau Google Maps bagi mengelak laluan terpencil atau berisiko.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker