Dunia
AS pertimbang guna ‘ibu segala bom’ terhadap Iran

Amerika Syarikat (AS) mempertimbang penggunaan bom bukan nuklear terbesar dalam simpanannya untuk menyerang kemudahan nuklear dan tenaga Iran jika operasi ketenteraan disambung semula.
Menurut laporan, pelan itu merangkumi GBU-43/B atau MOAB yang dikenali sebagai ‘ibu segala bom’. Bagaimanapun, pegawai AS mempersoalkan keberkesanannya terhadap kemudahan nuklear Iran yang terletak jauh di bawah tanah.
Sementara itu, Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf berkata Tehran akan meneruskan tindakan ketenteraan dan rundingan diplomatik secara serentak bagi mencapai tuntutannya terhadap AS.



