Malaysia
BN sahkan bertanding 21 kerusi, rundingan dengan PAS dimuktamadkan

Barisan Nasional (BN) mengesahkan akan bertanding di 21 kerusi DUN pada PRN Melaka ke-16, manakala PAS dan rakan gabungannya akan bertanding di tujuh kerusi.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan pembahagian kerusi itu dimuktamadkan pada 21 Oktober.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Melaka Bermunajat di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah, Melaka.
Senarai calon BN akan diumumkan pada 24 Oktober, manakala penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober, pengundian awal pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November.




