Dunia

Wanita dibakar hidup-hidup keluarga mentua kerana belum ada zuriat

Seorang wanita berusia 42 tahun, Sarla Devi, maut dibakar hidup-hidup di atas timbunan najis lembu oleh keluarga mentua di daerah Deeg, Alwar, India, hanya kerana tidak mempunyai anak.

Menurut laporan The Times of India, mangsa didakwa berdepan gangguan sejak sekian lama daripada suami dan keluarga mentua.

Pada hari kejadian, keluarganya bersama beberapa penduduk kampung bertindak membakar mangsa sebelum menyerang anggota polis yang cuba campur tangan.

Polis berjaya mengeluarkan mayat dari unggun api dan membawanya ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga. Siasatan awal mendapati suspek cuba memusnahkan bukti jenayah.

Kes disiasat sebagai pembunuhan, pemusnahan bukti dan serangan terhadap penjawat awam.

Keluarga mentua serta beberapa penduduk kampung melarikan diri, manakala polis menempatkan pasukan tambahan untuk mengawal keadaan dan memburu suspek.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker