Anwar bimbang negara Islam membisu ketika konflik di Asia Barat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melahirkan kebimbangan terhadap kegagalan sebahagian negara Islam menyatakan pendirian tegas susulan konflik terbaharu di Asia Barat.
Menurut beliau, perkembangan sejak seminggu lalu memperlihatkan kelemahan dunia Islam untuk bertindak secara kolektif walaupun berdepan serangan dan krisis kemanusiaan yang melibatkan negara serta umat Islam.
Situasi itu, katanya, menimbulkan persoalan terhadap tahap kesatuan dan keberanian mempertahankan kepentingan bersama.
Konflik tercetus selepas Israel melancarkan serangan ke atas Iran ketika Amerika Syarikat memulakan operasi ketenteraan berskala besar di rantau berkenaan.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan agar penderitaan rakyat Palestin di Gaza yang berlarutan sekian lama akibat serangan, kemusnahan dan kehilangan nyawa tidak terus dipinggirkan perhatian dunia.




