Dunia

Dakwaan kematian pelakon legenda Bollywood, Dharmendra cetus kekecohan di India

Laporan palsu mengenai kematian pelakon legenda Bollywood, Dharmendra, mencetuskan kekecohan besar di media sosial sehingga memaksa isterinya, Hema Malini, tampil menepis dakwaan itu.

Hema dengan tegas mengecam tindakan media yang menyebarkan berita tidak sahih mengenai suaminya yang sebenarnya sedang dirawat dan menunjukkan tanda pemulihan.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati privasi keluarga.

Anaknya, Esha Deol, turut menegaskan bahawa Dharmendra berada dalam keadaan stabil dan memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin.

Kekeliruan itu bahkan turut mempengaruhi tokoh politik apabila Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, tersilap menzahirkan ucapan takziah sebelum memadam hantaran berkenaan.

Dharmendra, atau nama penuhnya Dharmendra Kewal Krishan Deol, kekal sebagai antara bintang terbesar Bollywood dengan lebih 300 filem sepanjang enam dekad kerjaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker