Dunia
Doktor sahkan Trump ada penyakit kulit, ruam merah di leher jadi tumpuan

Kemunculan ruam merah di bahagian kanan leher Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan perhatian ramai apabila ia jelas kelihatan semasa majlis rasmi penganugerahan Medal of Honor baru-baru ini.
Menurut doktor peribadinya, Dr Sean Barbabella, kesan kemerahan itu berpunca daripada penggunaan krim rawatan kulit sebagai langkah pencegahan.
Rawatan tersebut digunakan selama seminggu dan kesan kemerahan dijangka berlarutan untuk beberapa minggu.
Pada masa sama, Trump yang berusia 79 tahun sebelum ini turut menjadi perhatian apabila mengalami lebam pada kedua-dua belah tangannya.
Beliau memaklumkan keadaan itu berpunca daripada kekerapan berjabat tangan serta pengambilan aspirin pada dos lebih tinggi, yang boleh menyebabkan mudah lebam.




