Fail Epstein: Bekas CEO Victoria’s Secret nafi terlibat meskipun pernah ke Epstein Island

Pengasas L Brands yang juga bekas syarikat induk Victoria’s Secret, Les Wexner, menegaskan bahawa beliau menjadi mangsa penipuan Jeffrey Epstein dan tidak mengetahui sebarang jenayah dilakukan oleh jutawan kontroversi itu.
Wexner, 88, menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan serta menafikan dakwaan mempunyai pengetahuan atau terlibat dengan salah laku seksual melibatkan mangsa Epstein.
Ahli Parlimen Demokrat bagaimanapun mempersoalkan hubungan rapat kedua-duanya selama beberapa dekad, termasuk keputusan Wexner memberikan kuasa wakil penuh terhadap urusan kewangannya kepada Epstein pada era 1980-an.
Mereka mendakwa sokongan kewangan Wexner membantu membina kekayaan dan pengaruh Epstein.
Wexner memutuskan hubungan pada 2007 selepas mengetahui berlaku penyelewengan kewangan dan pertuduhan terhadap Epstein.




