Hina komuniti India isu kuil, ‘Cikgu Chandra’ ditahan polis

Polis menahan seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra bagi membantu siasatan berhubung hantaran Facebook yang didakwa merendah-rendahkan komuniti India dan menyentuh isu kuil sehingga mencetuskan kemarahan ramai.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan suspek ditahan kira-kira jam 3 petang selepas laporan dibuat berhubung hantaran tular itu.
Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku memuat naik kandungan tersebut kerana tidak berpuas hati serta mahu menarik perhatian pengikut di media sosial.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Siasatan bermula selepas laporan dibuat pada 10 Februari mendakwa kenyataan suspek bersifat menghina dan berpotensi menggugat ketenteraman awam.



