Dunia

Israel sekat umat Islam solat Jumaat di Masjid Al Aqsa

Pihak berkuasa Israel membatalkan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa serta menutup semua lokasi suci di Bandar Lama Baitulmaqdis susulan ketegangan memuncak selepas serangan balas Iran ke atas Israel.

Ketua Pentadbiran Awam Israel, Brigedier Jeneral Hisham Ibrahim, memaklumkan penutupan itu melibatkan kawasan Al Aqsa, Tembok Barat dan Gereja Holy Sepulchre atas faktor keselamatan.

Langkah tersebut diambil selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Israel, yang setakat ini dilaporkan mengorbankan 10 orang.

Sebelum ini, Israel turut mengehadkan kemasukan jemaah Palestin dari Tebing Barat kepada 10,000 orang sahaja bagi solat Ramadan pertama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker