Malaysia
Jaecoo J5, SUV enjin 1.5 liter turbo berharga RM108,000

Jaecoo J5 hari ini rasmi dilancarkan ke pasaran Malaysia pada harga bermula RM108,000.
Sempena pelancaran, model SUV segmen-B itu turut ditawarkan pada harga serendah RM102,000 menerusi pakej dan rebat istimewa terhad.
Untuk pasaran tempatan, Jaecoo J5 dijana enjin 1.5 liter turbo empat silinder yang menghasilkan 147PS dan 210Nm tork, dipadankan bersama transmisi automatik jenis CVT.
Sempena tempoh promosi dari 5 hingga 15 Mac 2026, pelanggan awal akan menerima rebat Duit Raya RM3,000, selain pilihan insurans percuma tahun pertama atau tambahan RM3,000.
Turut ditawarkan pakej aksesori bernilai RM2,000.
Semua pembelian disertakan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 kilometer, yang mana terdahulu.



