
KOTA BHARU – Selepas kes Zara Qairina, keluarga pelajar tahfiz Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemui meninggal dunia di sebuah maahad tahfiz di Kok Lanas 12 tahun lalu, mendesak siasatan jenayah dibuka semula dan dikendalikan Bukit Aman.
Dalam himpunan solidariti Justice for Faris di Dataran Warisan, Kota Bahru peguam keluarga Alias Ibrahim berkata bukti penting termasuk DNA, cap jari, laporan polis dan keterangan saksi sudah dikemukakan pada prosiding inkues sembilan tahun lalu, namun tidak dianalisis menyeluruh.
Beliau percaya kes berkenaan berkemungkinan berpunca daripada unsur buli dan dendam, dan menegaskan siasatan semula perlu bagi memberi keadilan kepada mangsa.




