Malaysia
Lelaki garu peha sampai seluar londeh di KLIA2 diserah ke Kedutaan India

Polis menjelaskan insiden tular melibatkan seorang lelaki di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) bukan perbuatan lucah, sebaliknya berlaku selepas seluarnya terlondeh secara tidak sengaja.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M. Ravi, berkata lelaki warga India berusia 44 tahun itu sebelum ini terlepas penerbangan pada 5 Mac selepas tertidur.
kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam, 6 Mac lalu di kaunter MyBorder kawasan ketibaan antarabangsa KLIA2.
Ketika berada di lokasi, dia menggaru bahagian paha hingga menyebabkan seluarnya terlondeh selama kira-kira dua minit.
Polis mengesahkan tiada unsur perbuatan lucah disengajakan dan setakat ini tiada laporan polis diterima.




