Malaysia

Noh Omar sedia kembali Umno jika kerjasama dengan DAP ditamatkan

Bekas ketua UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan kesediaan kembali menyertai UMNO menerusi inisiatif “Rumah Bangsa”, namun meletakkan syarat agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.

Beliau menegaskan pendirian tersebut berasaskan prinsip perjuangan UMNO yang menurutnya berkait rapat dengan kepentingan Islam dan hak orang Melayu.

Noh sebelum ini dipecat daripada UMNO selepas PRU15 dan kemudiannya menyertai Bersatu pada Julai 2024. Beliau turut dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi Bersatu pada awal 2025 sebelum meletak jawatan bulan lalu.

Dalam masa sama, beliau berpandangan UMNO perlu menghidupkan semula kerjasama Muafakat Nasional bersama PAS bagi memperkukuhkan sokongan Melayu dan Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker