DuniaMalaysia

Pannir Selvam ke tali gantung hari ini, rayuan ditolak Mahkamah Singapura

Banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman dijadualkan menjalani hukuman gantung di Singapura hari ini selepas Mahkamah Rayuan negara itu menolak permohonan terakhirnya untuk penangguhan pelaksanaan.

Mahkamah berpendapat tiada keadaan luar biasa yang membolehkan penangguhan diberikan, sekali gus menolak permohonan itu tanpa pendengaran lisan dan membatalkan prosiding yang sepatutnya berlangsung pada jam 3 petang.

Pannir, 36, disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2017 kerana mengimport 51.84 gram diamorphine dan dijatuhi hukuman mati mandatori.

Rayuannya ditolak pada 2018, manakala petisyen pengampunan kepada presiden Singapura turut tidak diluluskan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan di Malaysia tidak dapat diteruskan kerana tiada bukti atau maklumat baharu, termasuk hasil lawatan JSJN ke Penjara Changi pada 27 September lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker