Pelajar OKU jatuh tingkat tiga, polis sahkan tiada unsur buli

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur buli dalam insiden pelajar tingkatan lima yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Isnin lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah memaklumkan pemeriksaan bersama ibu bapa serta analisis kecederaan mendapati keadaan mangsa konsisten dengan insiden jatuh dari tempat tinggi.
Pelajar berkenaan yang merupakan OKU pendengaran dan autistik kini stabil tanpa kecederaan serius di kepala, namun mengalami patah tangan kiri, tulang selangka dan tulang punggung kiri serta kecederaan paru-paru.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terjatuh pada 7.58 pagi sebelum ditemui pekerja pembersihan seminit kemudian.
Polis masih melengkapkan siasatan dan akan memanggil saksi termasuk pelajar bagi mengelakkan spekulasi.




