Malaysia

Pemandu e-hailing pandu kurang 2,000 km tak layak terima tambahan BUDI95

Pemandu e-hailing yang tidak aktif tidak layak menerima subsidi petrol maksimum bawah program BUDI95 apabila kerajaan menetapkan syarat minimum perjalanan bulanan melebihi 2,000 kilometer.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata jarak perjalanan yang direkodkan oleh syarikat pengendali e-hailing bagi bulan terdahulu menjadi penentu jumlah kelayakan subsidi.

Pemandu dengan perjalanan bawah 2,000 km hanya layak menerima kelayakan asas 300 liter sebulan, manakala mereka yang mencatat 2,000 hingga 5,000 km layak menerima sehingga 600 liter.

Pemandu yang merekodkan lebih 5,000 km sebulan pula layak menerima siling maksimum 800 liter subsidi RON95.

Pada masa sama, penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu atau pengendali yang mengemukakan maklumat palsu.

Sehingga Disember, seramai 106,000 daripada 164,000 pemandu e-hailing atau 65 peratus layak menerima subsidi antara 600 hingga 800 liter sebulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker