Malaysia

Pemilik tiga kereta halang laluan di Pedas-Linggi dikesan polis

Polis sedang mengesan pemilik tiga kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran R&R Pedas-Linggi selepas video kejadian itu tular di media sosial pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya kerana memandu secara cuai, melulu dan menghalang laluan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000.

Polis menegaskan tindakan mengganggu kelancaran trafik dipandang serius dan tidak akan dikompromi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker