Malaysia
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang ketika mahu ambil isteri

Alor Setar – Seorang lelaki maut dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Jalan Stadium, dipercayai dalam perjalanan menjemput isterinya pulang dari tempat kerja.
Ketua Polis Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali, berkata mangsa, Ahmad Farazi Kasim, 51, seorang pemandu Jabatan Pengairan dan Saliran, sedang menuju ke pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika kejadian berhampiran balai bomba Alor Setar.
Seorang lagi penunggang motosikal, Muhammad Adib Uzaid, 36, cedera ringan di lutut dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.



