Dunia
Perang AS–Iran berpotensi berlarutan hingga September

Perang antara Amerika Syarikat dan Iran berkemungkinan berlarutan sekurang-kurangnya beberapa bulan dan mungkin sehingga September, menurut laporan terbaharu.
Laporan Politico menyatakan Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) telah meminta tambahan pegawai risikan daripada Pentagon kerana menjangkakan operasi ketenteraan terhadap Iran perlu diteruskan sekurang-kurangnya 100 hari.
Perkembangan itu menimbulkan keraguan terhadap jangkaan awal pentadbiran Presiden Donald Trump yang sebelum ini memberi gambaran konflik tersebut mungkin berakhir dalam tempoh beberapa minggu.




