Malaysia

Permohonan Tamim Dahri sertai PKR cetus reaksi bimbang

Permohonan aktivis tanah, Tamim Dahri Abdul Razak untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan pelbagai reaksi termasuk kebimbangan dalam kalangan pemimpin parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat, menggesa PKR menolak permohonan tersebut kerana bimbang kemasukan aktivis kontroversi itu boleh memberi mesej yang salah kepada masyarakat.

Tamim sebelum ini dilaporkan menghantar borang permohonan keahlian pada 5 Mac lalu, namun Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh memaklumkan permohonan itu masih melalui proses saringan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, penyertaan Tamim turut mencetuskan kesan kepada Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) apabila bekas Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim, mengumumkan menarik diri daripada gerakan tersebut kerana bimbang ia dilihat mempunyai kaitan dengan PKR.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker