Malaysia
Polis klasifikasi semula kematian wanita Taiwan di bilik hotel Namewee sebagai kes bunuh

Polis mengklasifikasikan semula kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu sebagai kes bunuh selepas siasatan awal sebelum ini dikategorikan sebagai mati mengejut (SDR).
Mangsa berusia 31 tahun dilaporkan tiba di Malaysia pada 20 Oktober sebelum ditemui tidak bernyawa dalam bilik air hotel berkenaan dua hari kemudian. Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketika kejadian, penyanyi rap tempatan Namewee turut berada di bilik sama dan telah ditahan selepas disyaki memiliki serta menggunakan dadah. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



