Malaysia

Ramai panik harga petrol naik 60 sen, bekalan minyak cukup hingga Mei

Kenaikan harga minyak susulan ketidaktentuan pasaran global mula mencetuskan kerisauan dalam kalangan orang ramai.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga pam petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 60 sen seliter, manakala diesel di Semenanjung meningkat 80 sen seliter.

Kebimbangan turut dikaitkan dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa bekalan petroleum negara dijangka hanya mampu bertahan sehingga Mei, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadaan selepas tempoh berkenaan.

Bagi tempoh 12 hingga 18 Mac 2026, harga runcit RON97 ditetapkan RM3.85 seliter berbanding RM3.25 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi RM3.27 seliter (sebelum ini RM2.67) dan diesel di Semenanjung RM3.92 seliter berbanding RM3.12.

Kerajaan bagaimanapun mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI95, manakala bantuan tunai Budi Diesel dinaikkan kepada RM300 sebulan bagi tempoh interim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker