Malaysia

RM80 untuk perjalanan 5km: Teksi haram di KLIA ditahan

Sepang – Seorang pemandu Perodua Alza ditahan kerana menjalankan perkhidmatan teksi haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2).

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, suspek didapati mengenakan RM80 kepada seorang pelancong Indonesia bagi perjalanan kira-kira 5km dari Terminal 2 ke Terminal 1.

Kenderaan tersebut turut disita dalam operasi penguatkuasaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker