Suami dedah isteri tiga kali ‘check in’ dengan pemain import kelab bola sepak

Satu dakwaan mengejutkan tular di media sosial apabila seorang lelaki mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan pemain import sebuah kelab bola sepak tempatan.
Dakwaan itu pada mulanya dimuat naik di Facebook sebelum dipadam, namun tangkap layar hantaran tersebut sempat beredar luas.
Menerusi akaun Facebook bernama Shidee Dee, lelaki itu mendakwa isterinya beberapa kali didapati bertemu pemain itu di sebuah hotel, malah insiden tersebut dikatakan sudah berulang sehingga tiga kali.
Penemuan itu dibuat selepas lelaki tersebut memeriksa telefon isterinya dan menemui mesej serta bukti pertemuan mereka.
Lelaki itu turut mendakwa ini bukan kali pertama isterinya berlaku curang, namun kali ini dia memilih untuk berundur demi menjaga emosi diri dan anak mereka.
Dalam satu hantaran susulan, dia menjelaskan bahawa posting asal dipadam bagi menjaga maruah keluarga, sambil menyatakan pengorbanannya selama ini termasuk menyediakan kemudahan isteri digunakan untuk tujuan yang akhirnya melukai dirinya.
Kes berkenaan kini mengundang perhatian warganet, yang rata-rata terkejut dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan integriti pemain import terbabit, selain menzahirkan simpati terhadap keluarga itu.




