Syarikat AS rancang letak cermin gergasi di angkasa, biar bumi tidak bergelap waktu malam

Sebuah syarikat aeroangkasa dari California merancang untuk meletakkan ribuan cermin gergasi di angkasa lepas bagi memantulkan cahaya matahari ke bahagian Bumi yang gelap, sekali gus menjadikan malam hampir menyerupai siang.
Projek ini melibatkan satelit dilengkapi panel reflektif yang mampu mengarahkan cahaya ke kawasan tertentu di permukaan Bumi.
Syarikat itu mendakwa pantulan cahaya ini boleh membantu menjana tenaga untuk panel solar, memudahkan operasi menyelamat dan mengurangkan kesan kemurungan bermusim akibat kurang cahaya matahari.
Mereka mensasarkan kerja-kerja awal seawal tahun depan dan sudah memohon lesen kepada pihak berkuasa telekomunikasi Amerika Syarikat.
Namun idea ini mencetuskan bantahan besar dalam komuniti astronomi atas pelbagai faktor.
Cermin bersaiz puluhan meter itu dijangka lebih terang daripada bulan, sekali gus menjejaskan cerapan teleskop di Bumi dan mengganggu kajian angkasa.
Pakar juga memberi amaran bahawa “menghapuskan waktu malam” boleh mengacau tubuh manusia yang bergantung pada kitaran siang-malam untuk rehat dan tidur.



