Malaysia
Syed Saddiq tidak bertanding pemilihan parti, demi pastikan Muda terus ke hadapan

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan bertanding dalam pemilihan sulung Muda kerana kes mahkamah yang masih berjalan.
Beliau mahu parti yang diasaskannya itu terus bergerak ke hadapan tanpa terjejas dengan isu peribadi.
Syed Saddiq sebelum ini meletak jawatan sebagai presiden Muda selepas didakwa atas kes pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Beliau menegaskan tidak akan memegang jawatan dalam parti selagi namanya belum dibersihkan sepenuhnya.
Pemilihan Muda dijadual berlangsung pada 14 Mac selepas beberapa kali ditangguhkan.
Syed Saddiq disabitkan di Mahkamah Tinggi pada 2023 sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jun tahun lalu, namun pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.




