Dunia

Thailand mula laksana WFH susulan konflik di Timur Tengah

Kerajaan Thailand mengarahkan kebanyakan agensi kerajaan melaksanakan kerja dari rumah (WFH) berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah kecemasan mengurangkan penggunaan tenaga.

Arahan itu diluluskan kabinet dan melibatkan penjawat awam yang tidak terlibat secara langsung dengan perkhidmatan kepada orang ramai.

Kerajaan turut menggesa pegawai kerajaan menangguhkan perjalanan rasmi ke luar negara kecuali bagi urusan penting.

Langkah itu diambil berikutan kebimbangan terhadap bekalan tenaga memandangkan Thailand bergantung kepada import minyak mentah, khususnya dari Timur Tengah.

Selain WFH, kerajaan turut mencadangkan langkah penjimatan tenaga lain termasuk menetapkan suhu pendingin hawa antara 26 hingga 27 darjah Celsius serta menggalakkan pemakaian pakaian lebih ringan ketika musim panas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker