Malaysia
“Tidak Isnin, Selasa” – PM sedang bincang dengan MOF apa yang boleh diumum minggu depan

Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu bentuk penghargaan untuk rakyat dalam masa terdekat, selepas perbincangan bersama Kementerian Kewangan dimuktamadkan.
Difahamkan, pengumuman itu sedang diperhalusi agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat, selari dengan matlamat Kerajaan Madani dalam menangani isu kos sara hidup.
Pasukan Kementerian Kewangan kini bekerja secara mingguan bagi menilai bentuk bantuan atau penghargaan bersesuaian yang boleh diumumkan dalam waktu singkat.
Sebelum ini, poster “Akan datang… suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia” yang dimuat naik oleh Perdana Menteri mencetuskan pelbagai spekulasi dan harapan dalam kalangan rakyat.




