Malaysia

TMJ cabar pengkritik bawa dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan ke mahkamah

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mencabar pihak yang menuduh baginda terlibat dalam pemalsuan dokumen pemain warisan Harimau Malaya supaya membawa perkara itu ke mahkamah jika mempunyai bukti.

Cabaran itu dibuat susulan kritikan yang timbul selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkaitan kes tujuh pemain warisan yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Melalui hantaran di akaun X miliknya, Tunku Ismail menyatakan kesediaan berdepan tindakan undang-undang di mana-mana mahkamah sekiranya dakwaan tersebut disokong bukti.

Kontroversi itu berkait dakwaan penggunaan dokumen palsu bagi membolehkan pemain berkenaan mewakili skuad kebangsaan.

Terdahulu, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap hukuman yang dikenakan FIFA.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker