Zamri, Tamim lari ke Thailand: “Kalau tak buat salah, baliklah” – Kulasegaran

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran menggesa Zamri Vinoth dan Tamim Dahri kembali ke Malaysia jika tidak melakukan sebarang kesalahan serta menghadapi siasatan pihak berkuasa.
Beliau berkata kedua-dua individu itu perlu bertanggungjawab terhadap isu yang tercetus dan pihak polis juga digesa bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk membawa mereka pulang.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebelum ini memaklumkan kedua-duanya dipercayai melarikan diri ke Thailand, manakala siasatan terhadap mereka telah selesai dengan cadangan pertuduhan dikemukakan.
Zamri disiasat berhubung kenyataan berkaitan penganjuran satu perhimpunan di kompleks Sogo pada 7 Februari, manakala Tamim didakwa merosakkan simbol suci Hindu, soolam, di tapak bekas Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi.
Kulasegaran turut menegaskan keadilan perlu dilaksanakan kerana tindakan mereka didakwa menimbulkan isu keselamatan dan ketegangan dalam negara.




