Malaysia
‘Rider’ minta duit tepi, Grab siasat dakwaan tular pelanggan

Grab sedang menyiasat dakwaan beberapa penghantar meminta tip daripada pelanggan selepas satu hantaran tular di Facebook memaparkan mesej kononnya daripada pengguna aplikasi itu.
Dalam hantaran berkenaan, beberapa penghantar didakwa meminta tip atas alasan kos petrol, manakala seorang lagi cuba menjual makanan tambahan selepas permintaan ditolak.
Grab memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan tindakan disiplin akan diambil jika dakwaan itu disahkan.
Syarikat itu menegaskan kod etika melarang penghantar meminta tip, selain menekankan pemberian tip di platform Grab adalah sepenuhnya pilihan pelanggan.



