Kes bunuh diri tentera Israel melonjak, ribuan alami trauma psikologi

Kes bunuh diri dan gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) dalam kalangan tentera Israel dilaporkan meningkat ketara susulan operasi ketenteraan berpanjangan di Gaza dan rantau sekitarnya.
Data Kementerian Pertahanan Israel menunjukkan kes PTSD melonjak hampir 40 peratus sejak September 2023 dan dijangka terus meningkat sehingga 2028.
Daripada lebih 22,000 anggota yang menerima rawatan akibat kecederaan perang, kira-kira 60 peratus mengalami trauma psikologi.
Siasatan Parlimen Israel pula merekodkan 279 cubaan bunuh diri melibatkan anggota tentera antara Januari 2024 hingga Julai 2025, dengan tentera tempur menyumbang hampir 80 peratus kes bunuh diri negara itu pada 2024.
Pakar kesihatan mental mengaitkan krisis ini dengan tekanan melampau di medan perang serta konflik moral akibat kematian orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak.



