
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto meluluskan penerimaan bantuan daripada Malaysia bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah yang mencetuskan jerebu rentas sempadan.
Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, persetujuan itu kini dibincangkan pada peringkat teknikal bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) bagi menyelaraskan bentuk bantuan yang diperlukan.
Bantuan yang ditawarkan Malaysia merangkumi sebuah pesawat bomba, tiga helikopter serta 52 anggota daripada agensi berkaitan. Tawaran itu dikemukakan selepas pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Prabowo di Hambalang, Bogor pada 18 September lalu.




