HiburanMalaysia

Jep Sepahtu ambil tindakan undang-undang terhadap Shuib, dakwa difitnah

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengesahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Shuib susulan dakwaan fitnah terhadap dirinya.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, tindakan itu diambil atas nasihat peguam. Menerusi hantaran di media sosial pada Khamis, 15 Oktober, beliau menegaskan isu itu bukan sekadar sindiran, tetapi fitnah.

Terdahulu, Shuib atau Shahmira Muhamad memuat naik video permohonan maaf secara terbuka kepada Jep, mengakui keterlanjuran kata-kata serta keegoannya selepas hampir 20 tahun bersahabat.

Konflik itu tercetus susulan isu bayaran ketika mereka bersama kumpulan Sepah yang dibangkitkan dalam audio siar di TikTok. Jep turut membangkitkan isu caruman KWSP yang didakwa dipotong tetapi tidak dibayar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker