Malaysia

Dua beradik lemas ketika mandi sungai di Terengganu

Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Jeram Hulu, Terengganu, ditemukan lemas petang tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama kira-kira tiga jam.

Mangsa masing-masing berusia 15 dan 12 tahun berasal dari Kampung Jeram. Kedua-duanya dipercayai hilang ketika mandi di sungai berkenaan sebelum orang awam menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Baharum Hasim berkata, mayat mangsa ditemukan sekitar jam 6 petang pada kedalaman empat meter dan kira-kira 20 meter dari lokasi terakhir mereka dilihat.

Menurut beliau, operasi SAR berdepan kesukaran akibat arus deras serta keadaan air pasang. Kedua-dua mayat ditemui di dasar sungai sebelum dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin untuk tindakan bedah siasat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker